BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 5, 2012

Don't worry for being SINGLE :)

Assalamualaikum..

Ehem..ehemm.. hehe. Lama tak update this blog sbb sekarang hati pasrah. So, takde sesi luahan perasaan dah. kekeke :)

Tak perlu risau kalau belum bertemu cinta hati @ single ya sahabat blogger semua.. 

Allah dah simpankan seseorang yg special utk kita, cuma mungkin kita belum bersedia utk itu, sebab tu Allah belum temukan kita dengan dia. 

Muhasabah diri, fikir dalam dalam adakah kita dah letakkan Allah sebagai cinta pertama kita? Sama2 kita perbaiki kelemahan diri kita tentang 'cinta' yang sebenar-benarnya.


ps: Saya pun tak perfect, banyak khilaf dan kekadang terlalu terbuai dengan permainan hati. Apa yang dicoretkan adalah untuk menasihati diri sendiri jugak. :)





Sunday, June 17, 2012

Wait



Blog ini dah lama tergendala. 

Hanya akan ku sambung

Setelah

Ada insan 

menjumpai password kunci

untuk membuka

blog

pintu hati ini

:)

Monday, March 12, 2012

pencuci hati

Aku teringin

nak cipta pencuci hati

biar segala tentangmu pergi meninggalkan hatiku

apakan dayaku......

Saturday, March 10, 2012

i wonder why......

Dalam dunia ni

ada 7 orang muka serupa..

dalam banyak banyak orang

kenapa muka serupa kau yang aku jumpa...


Wednesday, March 7, 2012

kau yang jauh

orang kata..

zaman sekarang ni lain

si gadis tak perlu tunggu cinta

bebas untuk ucapkan dahulu..

orang kata...

tak kisah perigi cari timba

tak salah memulakan langkah

agar tiada sesal

tapi..

untuk kau yang jauh

aku tak boleh katakan

biarlah aku kolot

kerana tiada ucapan seindah itu dariku

melainkan buat yang sah bagiku..

itu aku.

Monday, March 5, 2012

Pencuri Hati

Aku ada hati

Semua orang pun ada hati

Ada orang tu, jahat sikit.

Perlu ke dia curi hati aku.

Aku ada satu je hati.

Dia curi tanpa dia sedar.

Eh, kalau dia tak sedar, bukan curi namanya.

Tapi peduli apa, dia tetap pencuri.

Bila aku dapat balik hati ni,.

Susah dah si hati nak dengar cakap aku.

Mungkin lama sangat dengan pecuri hati.

Sampai aku nak kongsi hati dengan orang lain pun tak boleh.

Hmm. susah la macam ni. 

Siapa nak bertanggungjawab?

Wahai pencuri hati

Aku takmahu lagi kau bersama hatiku

Pergilah jauh-jauh

Jangan sampai si hati bertemu kau lagi.

Please..

Please....

Aku mohon dengan sangat~



-kay, 0314, March 6, 2012 -

Monday, January 2, 2012

cinta hati seorang gadis

Pada suatu ketika, ada seorang gadis, parasnya sederhana, cantik tidak buruk pun tidak. Dia cuma gadis biasa. Hidupnya sederhana, tak pernah merasakan kemewahan harta benda tapi kaya dengan kasih sayang. sejak kecil, impiannya nak jadi kaya. ya, itu memang cita-citanya. kerana dia mahu memberi nafas baru untuk keluarganya yang agak ramai ahlinya..

Gadis ini tidak lincah. boleh dikatakan introvet. Lebih gemar menyendiri, sehingga dikatakan 'budak nerd' ketika sekolah. satu hal yang sangat kelihatan pada dirinya, dia tak pandai bersosial. berteman hanya dengan pelajar perempuan. sampaikan ramai yang cop dia sebagai gadis sombong, jual mahal dan sebagainya. bagi gadis ini, dia tak tahu apa-apa soal cinta. sayangnya hanya pada Allah dan Rasul-Nya, kedua ibubapa, keluarga, dan sahabatnya. Pernah ada seseorang yang cuba mendekati dia, tapi langsung tak dihiraukan si gadis ini. 

Namun pada suatu hari, gadis ini tiba-tiba merasakan satu perasaan aneh. perasaan yang mendahului cita-citanya.. melihatkan seorang insan yang telah lama dikenalinya, hatinya sering berdebar. degupan jantungnya pantas dari normal. Dia berusaha keras menafikan perasaan itu. kerana dia sedar, dia bukan siapa-siapa. semakin ditidakkan, semakin kuat perasaan itu menusuk qalbunya.. Ya Allah, bantu aku. itulah yang sering didoakan tatkala dia berasa lemas dalam perasaannya. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Gadis ini kerapkali mengeluh. Mengapa perasaan itu tak berganti atau sebaiknya hilang? Hatinya kerap kali tersentuh bila gadis lain berbual dengan insan yang bertakhta dihatinya. setiap kali begitu,dia memujuk dirinya sendiri..

Kini, insan itu masih lagi belum keluar dari pintu hatinya. Mungkinkah kerana pintu hati gadis ini belum berjaya dibuka untuk melepaskan si dia yang istimewa itu? 

si gadis terus memujuk diri, mencari sang ikhlas untuk rela melepaskan si dia kerana Allah. dia pasrah..

c i n t a n y a   h a n y a l a h   w u j u d   d a l a m   h a t i

Thursday, November 3, 2011

TERSUKA

aku tersuka
gaya kamu berjalan

aku tersuka
gaya kamu berkata-kata

aku tersuka
wajah kamu yg bercahaya

aku tersuka
bibirmu yg murah senyuman

aku tersuka
aku tersuka pada kamu

aku suka seadanya kamu :)


Wednesday, October 26, 2011

puisi kekasih

hatiku dipanah cinta
tika usiaku remaja
senyummu
tawamu
sendamu
menjadi sebahagian diriku


hatiku dipanah rindu
tika kau tiada
kerna kau penyeri
di kala aku sepi
kerna kau pengubat
di kala aku bersedih


hatiku dipanah dan dipanah
sehinggaku tak berdaya
pabila ku tahu
hatimu bukan milikku
kerna sudah terisi yang lain


hati luka tanpa darah
jiwa menangis tanpa air mata


aku hanya mampu mengharap
ada insan sepertimu
yang mampu menceriakan hari hariku
seperti dulu

Thursday, September 29, 2011

Jeritan Jiwa

Aku dan kamu
kenapa wujud dunia aku dunia kamu
ruang hatiku masih buatmu
ruang itu masih tertutup
tiada yang lain bisa membukanya
selain kamu..

maaf. dan maaf.
hatiku tak mahu melepaskanmu
meski hatimu tak mampu kumiliki
biarlah..

aku sakit memendam rasa
entah sampai bila harus ku hadapi semua ini
mungkin sampai ajal menjemputku..
kerna kau..
cinta pertama


Friday, August 12, 2011

karya hati #satu

Assalamualaikum , salam ukhwah fillah :)


Kerap kali hati ini cuba melupakan..

Namun sekerap itu juga aku tak bisa..

Bukan mahuku..

Untuk terus menyimpan memori tentangmu..



Jantung ini terus berdetak laju..

Saat kuterfikir namamu..

Saat kuterbayang senyummu..

Maafkan aku




kayshaari, 2011

Sunday, July 17, 2011

Cinta Yang Tidak Terucap

Assalamualaikum..

Aku tiba-tiba terasa rindu. Rindu pada dia yang tersembunyi di lubuk hati. Sungguh, aku rindukan dia.

Aku sedar, aku tidak layak buat dia. Kita sejauh menjangkau tingginya langit rendahnya bumi. Seperti kicap dengan susu.

Tapi aku juga manusia. Punya perasaan yang tiap insan miliki. Cinta. Yang tidak pernah ku ungkapkan kepada insan bernama lelaki.

Aku takut bila membayangkan lima huruf itu. Kerna aku khuatir. Syaitan bila-bila masa boleh menjebakku. Sungguh aku takut.

Aku tahu. Dia sudah punya pilihan hati. Insan yang lebih cocok buatnya. Insan yang setara dengannya. Sekufu dengannya.

Siapalah aku?

Aku pasrahkan pada Yang Esa, Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di balik sekeping hati ini.

Wassalam..

Friday, July 8, 2011

benarkah dia cintamu? jangan terpedaya~

Assalamualaikum,..

Belog ni dah lama sepi. kosong dengan bait-bait cinta cik kay. eceh :D belog nombor dua biasa sangat dianak tirikan. lainlah kalau lelaki yg ada dua isteri, pasti bini muda dapat lebih..maklumlah,..madu lebih manis kannn. -.-

Apa kehe nye dengan tajuk enrty kali ni?

Memang lumrah kehidupan di alam ciptaan-Nya ini, manusia itu dijadikan berpasang-pasangan. bukan manusia je, haiwan, tumbuhan dan sebagainya.. Dan berpasangan itu pulak harus berlawanan jantina. lelaki dan wanita. lembu betina dengan lembu jantan. tak sepatutnye wujud istilah gay atau lesbian. sedangkan haiwan takde pulak yang gay atau lesbian ni. see, mereka yang songsang ni lebih parah dari haiwan. Oh, Cik Kay bukan nak cerita panjang pasal homoseksual ni.

Masalah remaja sekarang ialah terlalu mudah terjebak dengan cinta. anak kecil seawal sekolah rendah sudah mula berjinak-jinak mencari boyfriend, girlfriend. bila ditanya remaja abad ini, mereka kebanyakannya sudah familiar dengan 'cinta monyet' atau 'cinta anak anjing' (puppy love) . tak terasa ke bercinta awal-awal ni akan hilangkan thrill bercinta dengan jodohmu kelak iaitu sang suami yang sah halal bagimu, sang isteri yang halal buatmu?

Mungkin kamu rasa entry ni membosankan. Biasalah, tak ramai suka entri yang memperkatakan soal cinta bila dikaitkan dengan agama. Cik Kay faham sangat dah. :D

Bila remaja sekarang bercinta, banyak salahnya.. antaranya:

1. Perempuan sudah mula melunakkan suara.

Haram bagi seorang perempuan melunak-lunakkn suara kepada seorang lelaki yang bukan muhrim buatnya. suara perempauan tu aurat, sahabatku... ada tatacara untuk bercakap. bukan dengan suara bermanja-manja 'sayang.....,,' . 'b......,,' aneh. b sumtimes stand for hubby bermaksud suami. adakah dia suamimu?

2. Suka hati je berpegangan tangan.

Even if dah bertunang, itu bukan lesen untuk kamu berdua bersentuhan. melalui pemerhatian Cik Kay., ramai remaja sekarang tidak segan silu berduaan berpegangan tangan. walhal they all semua sudah didedahkan dengan pelbagai ceramah, nasihat..bahkan masa sekolah lagi, ustaz ustazah dah bagitau hukum dan batasan perhubungan lelaki dan perempuan. sudah tahu, buat-buat tak tau hukum, bukankah anda sedang mempersendakan agama? pasti anda tahu hukumnya bukan?

3. Sanggup berkorban apa saja demi kekasih.

Ni dah sesat. sebab tu lah sekarang ni bersepah-sepah kes buang bayi, kes kahwin lari, kes bunuh diri semua tu..
Cik Kay pernah terbaca, kalau sayang berpada-pada, kalau benci juga berpada-pada. perempuan kuat emosi. maklumlah, akal cuma satu, nafsu ada sembilan. bila bercinta, letakkan harapan tinggi dekat lelaki tu. akhirnya bila ditinggalkan, mulalah macam gila meroyan. lelaki pula, memang akal banyak, tapi lebih mementingkan nafsu yang cuma satu. sepatutnya anda membimbing wanita dengan nikmat akal yang banyak Allah dah kurniakan tu. sebaliknya, apa yang anda lakukan?

sekarang zaman globalisasi. nak halang bercinta memang tak boleh. siapalah kita kan? cuma anda ada akal, fikirkan baik buruk. kalau anda rasa anda tidak mampu mengawal diri, bernikahlah. itu jalan yang selamat.
Ustaz Cik Kay pernah sebut
kalau kamu tak dapat kawal nafsu, cuba ambil lighter, nyalakan. then letak jari kamu pada api tu. kalau kamu mampu tahan api tersebut, teruskanlah. tapi kalau api yang kecil tu pun kamu dah rasa sakit, buangkan mimpi kamu jauh2 kerana api neraka apatah lagi untuk kamu menahannya.
 sekian sahaja..

wassalam,

Wednesday, June 15, 2011

Kisah Gila

Assalamualaikum

Di suatu petang yang sepoi2 bahasa.. Aku termangu sendirian di sebuah bangku kosong..
memikirkan elaun aku takmasuk lagi...buku ade yg xbeli lagi. bajet sewa rumah, duit minyak kete, makan. blabla.
cukup ke tuk survive sem ni? aduhaiii...

Suddenly, . . . .

A : assalamualaikum..

Kay : (menoleh sambil pandang tak kelip. bukan gatal oke, tapi macam tak berapa nak kenal mamat ni..)


A : assalamualaikum! tak jawab dosa... (sambil lambai2 tangan depan muke aku..mesti die perasan hensem aku   usha dia camtu. hehek)


Kay : waalaikumsalam.. siapa ek?


A : tak kenal saya ke? saya rasa da cukup femes da kat sini tau


Kay : oh yeke..xperasan la ( dalam hati: aku tak perasan atau mamat ni perasan lebih? eeww)


A : takpe2. tak kecik ati pun. buat ape sensorang je ni? 


Kay : err, tunggu kawan. (mamat ni ape hal??)


A : ohhh.. (sambil senyum)


Kay : (mane la ---- ni.. kata pi toilet je. da dekat sejam aku tggu..sembelit ke hape?! )


A : (sibuk duk usyar2 aku. lempang pulak kanggg)


Kay : tunggu sape? (saje nak sedapkan ati)


A : takde sape. saja je nak temankan awak


Kay : ?????? (sah dia GILA)


A : em, actually saye da lame suke awak. saye salu stalk fb awak.. boleh tak saye nak kenal awak?


Kay : (Ya Allah.. ni bala..bala...)


A : awak.....?


Kay: ape? awak ade cakap pape ke td? (pura2)


A : saye suka awak!



and suddenly lagi . . . .


---- : kay...sori lambat tau.. aku jumpe kawan aku jap tadi. jom lah makan.

Kay : (alhamdulillah) eh. jom! jom!

A : abis tu saye cammane??

maka cik kay pun terus blah dari situ sambil tarik tangan ---- yang seems like nak katakan sumthing. mungkin nak tanya pasal mamat tu. haha. 

dan mamat tu.....


terkapai-kapai seorang diri dengan muke sadisnya..


the end.










finally, i manage to CREATE a story! hahahahaha :D

-wassalam-


Friday, June 10, 2011

dia idamanku ^^

Assalamualaikum

Cik Kay hentam je tajuk harini..hehe. rase macam tak best bila lame tak updet bel0g. so, entry mid-day ni memang baru je Zzass dalam kepale hutak ini :D

hari ni rase macam nak buat list tentang cal0n suami idaman cik kay :D
*lepas ni kauorang takkan percaya aku tulis mendeni. selame ni aku dicop pendiam je kaan, nah, hamik!*


1. Yang paling basic laa,. IMAN dia kuat. 

Cik Kay bukan la gadis yang baik sangat. jadi, perlulah sangat ade insan yang boleh bimbing cik kay ke arah yang lebih baik. takdelah sampai nak yang pangkat ustaz2 je.. tak kesah laa sape dia. tapi kalau ade stok macam Ashraf Muslim tu boleh jugak..ahahah =P
em, btw..,sebelum tu, dia kenalah..

2. ada RUPA juga walaupun tak seberapa..

haha. semua orang ade rupa. tapi yg dimaksudkan disini,,sedap mate memandang hari2. yelahkan, nanti nak duduk serumah, sebilik, memang saban waktu tengok muke dia. kenalah boleh 'cool'kan mate yang memandang. hehek :D boleh la jugak nak macam Aaron Aziz . teehee

3.dia berKERJAYA kukuh., senang cerita ekonomi kukuh 

sekaranglah masenye. ye, sekarangla nak usha mamat2 degree tu sume..haha. dpt engineer ke, doctor ke, haha.kurangasam nak yang best2 aje -.-

takdelah, aku tak kesah, janji dia boleh sara aku dan penuhi keperluan dan kehendak aku.
kire bakal suami aku beruntung nanti sebab aku tak minat barang2 kemas bagai ni..hehek :D
*perasan* ni, dapat suami arkitek pun masyuk ni. macam Azhar Sulaiman :D 

4. kan best kalau dia ROMANTIK *dengan CikKay sorang je*


suke bagi bunge rose merah. ececeh menggedik pulak ni. haha. kalau dapat gitu pun takkan nak menolak kan. kekekeh. amb0ila sangat. suke orang yang romantik2 ni. tapi dia tak jiwang. korang taukan bezanye?
sekali sekala candle light dinner pun oryte jugak. kenala sekali sekala, kate nak suami doktor..mesti dia sibuk kan? hakhakhakmekkau. :D

5. Nak hasben pandai MEMASAK 

sebabnye Cik Kay tak minat memasak. ahaha. cehhndol betul :D
percaye tak, sebenarnye, lelaki kalau masak lebih teliti dan sedap? percayelah..haha. kalau cik kay suke main campak2 je. anakdarabertuah ni. hakdoyy. terus kensel kalau orang lelaki bace ni. ngeh3 :D 
haruslah dia masakkan ape yg cik kay tak reti masak. manelah tau mase mengidam nanti nak macam2. ahahaha

6. dia murah SENYUM-an. 

Cik Kay cepat cair bila jumpe guys yang senyuman menawan nih. ahahak. susaa la kan. tapi takdelah sampai gila2 punya cair. macam coklat bila kena panas je. kalau masuk peti beku balik. *apeaku mengarutni*
~senyum, tak perlu kata apaapa~

7. dia tak kesah Cik Kay KERJA

yezz, ape guna belajar tinggi tinggi duduk rumah je. hehe. nak jugak pegang duit sendiri. sebab boleh belanje kalau perlu. takkan nak harap yg dia hulur tetiap bulan. eh, wajib tau dia hulur. nafkah tu! ahahaa. cik kay pun ade cita-cita. dia pun kenalah hormat cita2 cik kay jugakkan. hehek:D

8. dia HORMAT orang lain.

aha! ini penting dalam menjaga hubungan dengan orang lain. tak kesah la, dengan family dia, family cikkay, kwn2 kami..tutur kata mesti sopan, lembut dan tak menyakitkan hati. elakkan la nak tertinggi suara ke hape. lainla perempuan. kami ade PMS. kuikuikui :D

9. sense of HUMOR yang sederhana


takbest pulak kalau hasben kita blurr je . haha. sesekali tu, kenala pandai gurausenda.. cik kay suka lelaki yg kelakar, boleh melawak spontan, but tak over limit la.. tak suka jenis yang gelak berdekah2 gitu. annoying -_-"

10. last but not least, SETIA

seboleh-bolehnya, takmaulah berPOLIGAMI
nak kahwin lain tungguu la Cik Kay tiada lagi dalam dunia ciptaan Allah ni
cik kay mengaku, sifat cemburu cik kay ade.. so, taknak nanti pasal ni, cik kay jadi sakit jiwa, hati dan sanubari..ahoyy.. taknak! taknak! taknak! okayyy!!!

hehe.banyak sebenarnye., tapi nanti takde orang nak pulak bila list panjang lebar. ahaha
k, tu je kali ni.. 
have a nice weekend! 

-wassalam-


Sunday, May 15, 2011

sayang vs cinta

Assalam 'alaikum :)

hari ni hujan.. bila hujan rase sejuk..haa, mase nilah rase semangat sikit nak mengupdet belog yang da berkulat nih. hehe. kasihan belog ni, banyak sawang.. (sambil amik vakum sedut habuk)

okeh, da bersih :)

kite selaluu dengar perkataan 'sayang' dan 'cinta' bukan? what is 'sayang' and ape pulak 'cinta'. kay percaya, even budak2 pun da pandai ber'cinta', tak semua orang faham apa itu 'cinta'. Kay juga tak beberapa memahami erti yg sebenar, cuma Kay nak cuba express kn apa yg cik kay paham mengenainya.

pada cik kay, kita boleh sayang siapaa saje, macam sayang laptop, sayang henfon, sayang kucing, sayang ayam (erk?) sayang kawan, sayang parents, sayang semuanya..and paling utama sayang ALLAH :)

macam mana dengan cinta? tak semua orang kita boleh cinta. emm, camne eh. contohnya, kalau korang cakap: Aku cinta kucing. tidak kah bunyinya seperti cinta luar 'tabi'e'? lagi parah dari 'gay' and 'lesbian' tu. haha. nauzubillahi minazzaliq. mintak simpang lah ye..

cinta itu buta dan membutakan. yes. manusia selalu lalai dalam bercinta. bila bercinta tak hengat dunia. macamlah dunia kau orang yang punya. macamlah kau pasti sangat boyfren gelfren korang tu akan kawen dgn korang. berpada2 lah.. cinta tu cinta jugak, jangan lah sampai setiap kali dating, kena qada' solat. cinta tu cinta jugak, janganlah bila mak or ayah telefon time dating terus 'ignore' atau 'off' terus.cinta tu cinta jugak, janganlah sampai esaimen ngan tutos tak siap kena potong markah pulak tu.

cik kay ernah dengar or nampak kat mane ntah dah lupe,

sayangi seseorang tu berpada-pada., benci seseorang itu berpada-pada juga.  kenapa? sebab benci boleh jadi sayang, dan syang boleh bertukar benci,. segalanya terletak pada Allah. 'kun faya kun' maksudnya jadi, maka jadilah.

so, kesimpulannya, kalau kita sayang, tak semestinya kita cinta.. kalau kita cinta, sudah semestinya diiringi rasa sayang :)

sekian dulu,, da pukul 4 cik kay nak lunch. hehe.

wassalam :)

Monday, April 4, 2011

sweet and comel ^^

hugging u. Remember. peluk yang HALAL jer oke ;)

Hahh. yang ni jangan buad ye. Ta khusyuk solat nanti.
^_^

sesungguhnya Cinta itu milik ALLAH
Subhanallah

inilah terbaik. lebih selamat dan line sentiase clear..hehe =P

jodoh adalah orang yang berjaya mebuka kunci hati kita..





Saturday, April 2, 2011

header n layout baru..heheh.

cantekk tak? =D






hee~

Thursday, March 31, 2011

TENTANG AWAK :)

AWAK seperti gula-gula angin
manisss je selalu
cool pulak tu :)

AWAK seperti broadband saye
sumtimes AWAK lambat loading
tapi adakalanye AWAK pantas!

tiba-tiba saya rasa AWAK macam Awie
nampak tough, gagah lagi perkasa
tapi,, ada taman kat hati AWAK..
pheewitt!hehe

teringat iklan kat tv..
burung ape? burung murai,,..
hmm, AWAK macam murai jugak
ramah teramat sangat..
cakap tak ade fullstop. ehe

bila nampak pak guard..
teringat dekat AWAK. 
bukan sebab AWAK macam pakguard
tapi AWAK macam kad matrik
bila tak ada, konfem gelabah..haha

AWAK tau tak..
AWAK da macam biskut
kejap ada, kejap tak ada..
hmm...

tapi....
saya ibaratkan AWAK macam facebook saya
yang saya nak tatap je hari-hari.
hehe

tak kesah lah, 
awak GULA-GULA ANGIN,
awak BROADBAND
awak AWIE
awak MURAI,
awak KAD MATRIK,
awak BISKUT
atau
FACEBOOK,
awak dah pun jumpe kunci hati saye 
^_^