BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 8, 2011

benarkah dia cintamu? jangan terpedaya~

Assalamualaikum,..

Belog ni dah lama sepi. kosong dengan bait-bait cinta cik kay. eceh :D belog nombor dua biasa sangat dianak tirikan. lainlah kalau lelaki yg ada dua isteri, pasti bini muda dapat lebih..maklumlah,..madu lebih manis kannn. -.-

Apa kehe nye dengan tajuk enrty kali ni?

Memang lumrah kehidupan di alam ciptaan-Nya ini, manusia itu dijadikan berpasang-pasangan. bukan manusia je, haiwan, tumbuhan dan sebagainya.. Dan berpasangan itu pulak harus berlawanan jantina. lelaki dan wanita. lembu betina dengan lembu jantan. tak sepatutnye wujud istilah gay atau lesbian. sedangkan haiwan takde pulak yang gay atau lesbian ni. see, mereka yang songsang ni lebih parah dari haiwan. Oh, Cik Kay bukan nak cerita panjang pasal homoseksual ni.

Masalah remaja sekarang ialah terlalu mudah terjebak dengan cinta. anak kecil seawal sekolah rendah sudah mula berjinak-jinak mencari boyfriend, girlfriend. bila ditanya remaja abad ini, mereka kebanyakannya sudah familiar dengan 'cinta monyet' atau 'cinta anak anjing' (puppy love) . tak terasa ke bercinta awal-awal ni akan hilangkan thrill bercinta dengan jodohmu kelak iaitu sang suami yang sah halal bagimu, sang isteri yang halal buatmu?

Mungkin kamu rasa entry ni membosankan. Biasalah, tak ramai suka entri yang memperkatakan soal cinta bila dikaitkan dengan agama. Cik Kay faham sangat dah. :D

Bila remaja sekarang bercinta, banyak salahnya.. antaranya:

1. Perempuan sudah mula melunakkan suara.

Haram bagi seorang perempuan melunak-lunakkn suara kepada seorang lelaki yang bukan muhrim buatnya. suara perempauan tu aurat, sahabatku... ada tatacara untuk bercakap. bukan dengan suara bermanja-manja 'sayang.....,,' . 'b......,,' aneh. b sumtimes stand for hubby bermaksud suami. adakah dia suamimu?

2. Suka hati je berpegangan tangan.

Even if dah bertunang, itu bukan lesen untuk kamu berdua bersentuhan. melalui pemerhatian Cik Kay., ramai remaja sekarang tidak segan silu berduaan berpegangan tangan. walhal they all semua sudah didedahkan dengan pelbagai ceramah, nasihat..bahkan masa sekolah lagi, ustaz ustazah dah bagitau hukum dan batasan perhubungan lelaki dan perempuan. sudah tahu, buat-buat tak tau hukum, bukankah anda sedang mempersendakan agama? pasti anda tahu hukumnya bukan?

3. Sanggup berkorban apa saja demi kekasih.

Ni dah sesat. sebab tu lah sekarang ni bersepah-sepah kes buang bayi, kes kahwin lari, kes bunuh diri semua tu..
Cik Kay pernah terbaca, kalau sayang berpada-pada, kalau benci juga berpada-pada. perempuan kuat emosi. maklumlah, akal cuma satu, nafsu ada sembilan. bila bercinta, letakkan harapan tinggi dekat lelaki tu. akhirnya bila ditinggalkan, mulalah macam gila meroyan. lelaki pula, memang akal banyak, tapi lebih mementingkan nafsu yang cuma satu. sepatutnya anda membimbing wanita dengan nikmat akal yang banyak Allah dah kurniakan tu. sebaliknya, apa yang anda lakukan?

sekarang zaman globalisasi. nak halang bercinta memang tak boleh. siapalah kita kan? cuma anda ada akal, fikirkan baik buruk. kalau anda rasa anda tidak mampu mengawal diri, bernikahlah. itu jalan yang selamat.
Ustaz Cik Kay pernah sebut
kalau kamu tak dapat kawal nafsu, cuba ambil lighter, nyalakan. then letak jari kamu pada api tu. kalau kamu mampu tahan api tersebut, teruskanlah. tapi kalau api yang kecil tu pun kamu dah rasa sakit, buangkan mimpi kamu jauh2 kerana api neraka apatah lagi untuk kamu menahannya.
 sekian sahaja..

wassalam,

No comments:

Post a Comment