BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Monday, January 2, 2012

cinta hati seorang gadis

Pada suatu ketika, ada seorang gadis, parasnya sederhana, cantik tidak buruk pun tidak. Dia cuma gadis biasa. Hidupnya sederhana, tak pernah merasakan kemewahan harta benda tapi kaya dengan kasih sayang. sejak kecil, impiannya nak jadi kaya. ya, itu memang cita-citanya. kerana dia mahu memberi nafas baru untuk keluarganya yang agak ramai ahlinya..

Gadis ini tidak lincah. boleh dikatakan introvet. Lebih gemar menyendiri, sehingga dikatakan 'budak nerd' ketika sekolah. satu hal yang sangat kelihatan pada dirinya, dia tak pandai bersosial. berteman hanya dengan pelajar perempuan. sampaikan ramai yang cop dia sebagai gadis sombong, jual mahal dan sebagainya. bagi gadis ini, dia tak tahu apa-apa soal cinta. sayangnya hanya pada Allah dan Rasul-Nya, kedua ibubapa, keluarga, dan sahabatnya. Pernah ada seseorang yang cuba mendekati dia, tapi langsung tak dihiraukan si gadis ini. 

Namun pada suatu hari, gadis ini tiba-tiba merasakan satu perasaan aneh. perasaan yang mendahului cita-citanya.. melihatkan seorang insan yang telah lama dikenalinya, hatinya sering berdebar. degupan jantungnya pantas dari normal. Dia berusaha keras menafikan perasaan itu. kerana dia sedar, dia bukan siapa-siapa. semakin ditidakkan, semakin kuat perasaan itu menusuk qalbunya.. Ya Allah, bantu aku. itulah yang sering didoakan tatkala dia berasa lemas dalam perasaannya. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Gadis ini kerapkali mengeluh. Mengapa perasaan itu tak berganti atau sebaiknya hilang? Hatinya kerap kali tersentuh bila gadis lain berbual dengan insan yang bertakhta dihatinya. setiap kali begitu,dia memujuk dirinya sendiri..

Kini, insan itu masih lagi belum keluar dari pintu hatinya. Mungkinkah kerana pintu hati gadis ini belum berjaya dibuka untuk melepaskan si dia yang istimewa itu? 

si gadis terus memujuk diri, mencari sang ikhlas untuk rela melepaskan si dia kerana Allah. dia pasrah..

c i n t a n y a   h a n y a l a h   w u j u d   d a l a m   h a t i

Sunday, May 15, 2011

sayang vs cinta

Assalam 'alaikum :)

hari ni hujan.. bila hujan rase sejuk..haa, mase nilah rase semangat sikit nak mengupdet belog yang da berkulat nih. hehe. kasihan belog ni, banyak sawang.. (sambil amik vakum sedut habuk)

okeh, da bersih :)

kite selaluu dengar perkataan 'sayang' dan 'cinta' bukan? what is 'sayang' and ape pulak 'cinta'. kay percaya, even budak2 pun da pandai ber'cinta', tak semua orang faham apa itu 'cinta'. Kay juga tak beberapa memahami erti yg sebenar, cuma Kay nak cuba express kn apa yg cik kay paham mengenainya.

pada cik kay, kita boleh sayang siapaa saje, macam sayang laptop, sayang henfon, sayang kucing, sayang ayam (erk?) sayang kawan, sayang parents, sayang semuanya..and paling utama sayang ALLAH :)

macam mana dengan cinta? tak semua orang kita boleh cinta. emm, camne eh. contohnya, kalau korang cakap: Aku cinta kucing. tidak kah bunyinya seperti cinta luar 'tabi'e'? lagi parah dari 'gay' and 'lesbian' tu. haha. nauzubillahi minazzaliq. mintak simpang lah ye..

cinta itu buta dan membutakan. yes. manusia selalu lalai dalam bercinta. bila bercinta tak hengat dunia. macamlah dunia kau orang yang punya. macamlah kau pasti sangat boyfren gelfren korang tu akan kawen dgn korang. berpada2 lah.. cinta tu cinta jugak, jangan lah sampai setiap kali dating, kena qada' solat. cinta tu cinta jugak, janganlah bila mak or ayah telefon time dating terus 'ignore' atau 'off' terus.cinta tu cinta jugak, janganlah sampai esaimen ngan tutos tak siap kena potong markah pulak tu.

cik kay ernah dengar or nampak kat mane ntah dah lupe,

sayangi seseorang tu berpada-pada., benci seseorang itu berpada-pada juga.  kenapa? sebab benci boleh jadi sayang, dan syang boleh bertukar benci,. segalanya terletak pada Allah. 'kun faya kun' maksudnya jadi, maka jadilah.

so, kesimpulannya, kalau kita sayang, tak semestinya kita cinta.. kalau kita cinta, sudah semestinya diiringi rasa sayang :)

sekian dulu,, da pukul 4 cik kay nak lunch. hehe.

wassalam :)