orang kata..
zaman sekarang ni lain
si gadis tak perlu tunggu cinta
bebas untuk ucapkan dahulu..
orang kata...
tak kisah perigi cari timba
tak salah memulakan langkah
agar tiada sesal
tapi..
untuk kau yang jauh
aku tak boleh katakan
biarlah aku kolot
kerana tiada ucapan seindah itu dariku
melainkan buat yang sah bagiku..
itu aku.
Wednesday, March 7, 2012
Monday, March 5, 2012
Pencuri Hati
Aku ada hati
Semua orang pun ada hati
Ada orang tu, jahat sikit.
Perlu ke dia curi hati aku.
Aku ada satu je hati.
Dia curi tanpa dia sedar.
Eh, kalau dia tak sedar, bukan curi namanya.
Tapi peduli apa, dia tetap pencuri.
Bila aku dapat balik hati ni,.
Susah dah si hati nak dengar cakap aku.
Mungkin lama sangat dengan pecuri hati.
Sampai aku nak kongsi hati dengan orang lain pun tak boleh.
Hmm. susah la macam ni.
Siapa nak bertanggungjawab?
Wahai pencuri hati
Aku takmahu lagi kau bersama hatiku
Pergilah jauh-jauh
Jangan sampai si hati bertemu kau lagi.
Please..
Please....
Aku mohon dengan sangat~
-kay, 0314, March 6, 2012 -
Monday, January 2, 2012
cinta hati seorang gadis
Pada suatu ketika, ada seorang gadis, parasnya sederhana, cantik tidak buruk pun tidak. Dia cuma gadis biasa. Hidupnya sederhana, tak pernah merasakan kemewahan harta benda tapi kaya dengan kasih sayang. sejak kecil, impiannya nak jadi kaya. ya, itu memang cita-citanya. kerana dia mahu memberi nafas baru untuk keluarganya yang agak ramai ahlinya..
Gadis ini tidak lincah. boleh dikatakan introvet. Lebih gemar menyendiri, sehingga dikatakan 'budak nerd' ketika sekolah. satu hal yang sangat kelihatan pada dirinya, dia tak pandai bersosial. berteman hanya dengan pelajar perempuan. sampaikan ramai yang cop dia sebagai gadis sombong, jual mahal dan sebagainya. bagi gadis ini, dia tak tahu apa-apa soal cinta. sayangnya hanya pada Allah dan Rasul-Nya, kedua ibubapa, keluarga, dan sahabatnya. Pernah ada seseorang yang cuba mendekati dia, tapi langsung tak dihiraukan si gadis ini.
Namun pada suatu hari, gadis ini tiba-tiba merasakan satu perasaan aneh. perasaan yang mendahului cita-citanya.. melihatkan seorang insan yang telah lama dikenalinya, hatinya sering berdebar. degupan jantungnya pantas dari normal. Dia berusaha keras menafikan perasaan itu. kerana dia sedar, dia bukan siapa-siapa. semakin ditidakkan, semakin kuat perasaan itu menusuk qalbunya.. Ya Allah, bantu aku. itulah yang sering didoakan tatkala dia berasa lemas dalam perasaannya.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Gadis ini kerapkali mengeluh. Mengapa perasaan itu tak berganti atau sebaiknya hilang? Hatinya kerap kali tersentuh bila gadis lain berbual dengan insan yang bertakhta dihatinya. setiap kali begitu,dia memujuk dirinya sendiri..
Kini, insan itu masih lagi belum keluar dari pintu hatinya. Mungkinkah kerana pintu hati gadis ini belum berjaya dibuka untuk melepaskan si dia yang istimewa itu?
si gadis terus memujuk diri, mencari sang ikhlas untuk rela melepaskan si dia kerana Allah. dia pasrah..
c i n t a n y a h a n y a l a h w u j u d d a l a m h a t i
Subscribe to:
Posts (Atom)
