Gadis ini tidak lincah. boleh dikatakan introvet. Lebih gemar menyendiri, sehingga dikatakan 'budak nerd' ketika sekolah. satu hal yang sangat kelihatan pada dirinya, dia tak pandai bersosial. berteman hanya dengan pelajar perempuan. sampaikan ramai yang cop dia sebagai gadis sombong, jual mahal dan sebagainya. bagi gadis ini, dia tak tahu apa-apa soal cinta. sayangnya hanya pada Allah dan Rasul-Nya, kedua ibubapa, keluarga, dan sahabatnya. Pernah ada seseorang yang cuba mendekati dia, tapi langsung tak dihiraukan si gadis ini.
Namun pada suatu hari, gadis ini tiba-tiba merasakan satu perasaan aneh. perasaan yang mendahului cita-citanya.. melihatkan seorang insan yang telah lama dikenalinya, hatinya sering berdebar. degupan jantungnya pantas dari normal. Dia berusaha keras menafikan perasaan itu. kerana dia sedar, dia bukan siapa-siapa. semakin ditidakkan, semakin kuat perasaan itu menusuk qalbunya.. Ya Allah, bantu aku. itulah yang sering didoakan tatkala dia berasa lemas dalam perasaannya.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Gadis ini kerapkali mengeluh. Mengapa perasaan itu tak berganti atau sebaiknya hilang? Hatinya kerap kali tersentuh bila gadis lain berbual dengan insan yang bertakhta dihatinya. setiap kali begitu,dia memujuk dirinya sendiri..
Kini, insan itu masih lagi belum keluar dari pintu hatinya. Mungkinkah kerana pintu hati gadis ini belum berjaya dibuka untuk melepaskan si dia yang istimewa itu?
si gadis terus memujuk diri, mencari sang ikhlas untuk rela melepaskan si dia kerana Allah. dia pasrah..
c i n t a n y a h a n y a l a h w u j u d d a l a m h a t i