BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 5, 2012

Don't worry for being SINGLE :)

Assalamualaikum..

Ehem..ehemm.. hehe. Lama tak update this blog sbb sekarang hati pasrah. So, takde sesi luahan perasaan dah. kekeke :)

Tak perlu risau kalau belum bertemu cinta hati @ single ya sahabat blogger semua.. 

Allah dah simpankan seseorang yg special utk kita, cuma mungkin kita belum bersedia utk itu, sebab tu Allah belum temukan kita dengan dia. 

Muhasabah diri, fikir dalam dalam adakah kita dah letakkan Allah sebagai cinta pertama kita? Sama2 kita perbaiki kelemahan diri kita tentang 'cinta' yang sebenar-benarnya.


ps: Saya pun tak perfect, banyak khilaf dan kekadang terlalu terbuai dengan permainan hati. Apa yang dicoretkan adalah untuk menasihati diri sendiri jugak. :)





Sunday, June 17, 2012

Wait



Blog ini dah lama tergendala. 

Hanya akan ku sambung

Setelah

Ada insan 

menjumpai password kunci

untuk membuka

blog

pintu hati ini

:)

Monday, March 12, 2012

pencuci hati

Aku teringin

nak cipta pencuci hati

biar segala tentangmu pergi meninggalkan hatiku

apakan dayaku......

Saturday, March 10, 2012

i wonder why......

Dalam dunia ni

ada 7 orang muka serupa..

dalam banyak banyak orang

kenapa muka serupa kau yang aku jumpa...


Wednesday, March 7, 2012

kau yang jauh

orang kata..

zaman sekarang ni lain

si gadis tak perlu tunggu cinta

bebas untuk ucapkan dahulu..

orang kata...

tak kisah perigi cari timba

tak salah memulakan langkah

agar tiada sesal

tapi..

untuk kau yang jauh

aku tak boleh katakan

biarlah aku kolot

kerana tiada ucapan seindah itu dariku

melainkan buat yang sah bagiku..

itu aku.

Monday, March 5, 2012

Pencuri Hati

Aku ada hati

Semua orang pun ada hati

Ada orang tu, jahat sikit.

Perlu ke dia curi hati aku.

Aku ada satu je hati.

Dia curi tanpa dia sedar.

Eh, kalau dia tak sedar, bukan curi namanya.

Tapi peduli apa, dia tetap pencuri.

Bila aku dapat balik hati ni,.

Susah dah si hati nak dengar cakap aku.

Mungkin lama sangat dengan pecuri hati.

Sampai aku nak kongsi hati dengan orang lain pun tak boleh.

Hmm. susah la macam ni. 

Siapa nak bertanggungjawab?

Wahai pencuri hati

Aku takmahu lagi kau bersama hatiku

Pergilah jauh-jauh

Jangan sampai si hati bertemu kau lagi.

Please..

Please....

Aku mohon dengan sangat~



-kay, 0314, March 6, 2012 -

Monday, January 2, 2012

cinta hati seorang gadis

Pada suatu ketika, ada seorang gadis, parasnya sederhana, cantik tidak buruk pun tidak. Dia cuma gadis biasa. Hidupnya sederhana, tak pernah merasakan kemewahan harta benda tapi kaya dengan kasih sayang. sejak kecil, impiannya nak jadi kaya. ya, itu memang cita-citanya. kerana dia mahu memberi nafas baru untuk keluarganya yang agak ramai ahlinya..

Gadis ini tidak lincah. boleh dikatakan introvet. Lebih gemar menyendiri, sehingga dikatakan 'budak nerd' ketika sekolah. satu hal yang sangat kelihatan pada dirinya, dia tak pandai bersosial. berteman hanya dengan pelajar perempuan. sampaikan ramai yang cop dia sebagai gadis sombong, jual mahal dan sebagainya. bagi gadis ini, dia tak tahu apa-apa soal cinta. sayangnya hanya pada Allah dan Rasul-Nya, kedua ibubapa, keluarga, dan sahabatnya. Pernah ada seseorang yang cuba mendekati dia, tapi langsung tak dihiraukan si gadis ini. 

Namun pada suatu hari, gadis ini tiba-tiba merasakan satu perasaan aneh. perasaan yang mendahului cita-citanya.. melihatkan seorang insan yang telah lama dikenalinya, hatinya sering berdebar. degupan jantungnya pantas dari normal. Dia berusaha keras menafikan perasaan itu. kerana dia sedar, dia bukan siapa-siapa. semakin ditidakkan, semakin kuat perasaan itu menusuk qalbunya.. Ya Allah, bantu aku. itulah yang sering didoakan tatkala dia berasa lemas dalam perasaannya. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Gadis ini kerapkali mengeluh. Mengapa perasaan itu tak berganti atau sebaiknya hilang? Hatinya kerap kali tersentuh bila gadis lain berbual dengan insan yang bertakhta dihatinya. setiap kali begitu,dia memujuk dirinya sendiri..

Kini, insan itu masih lagi belum keluar dari pintu hatinya. Mungkinkah kerana pintu hati gadis ini belum berjaya dibuka untuk melepaskan si dia yang istimewa itu? 

si gadis terus memujuk diri, mencari sang ikhlas untuk rela melepaskan si dia kerana Allah. dia pasrah..

c i n t a n y a   h a n y a l a h   w u j u d   d a l a m   h a t i